Tukang Ikut

Isnin, Mei 03, 2010

Abang Ni Malasla

Huhuhu..bagi mereka yang dah berkahwin mesti pernah menghadapi situasi ini kan. Si isteri minta tolong p kedai beli kicap pun tak larat katanya, p suruh bancuh susu anak pun takmau, angkat kain kat jemuran pun liat. Suruh bukak kain jer laju..eh..lusyah ker..? opss..minta maaf yer cik adik..cik abang yang bujang. Tak dinafikan ada sesetengah lelaki yang malas untuk melakukan kerja rumah setelah berkahwin kerana beranggapan urusan tersebut adalah tanggungjawab si isteri. Pada mereka tanggungjawab mereka hanya memberi nafkah dan selainya tugas-tugas di rumah adalah tugas si isteri. Eh..tak bleh la camtu cik abang. Kahwin ni satu perkongsian hidup. Masa bercinta bukan main romantik.
Bila keluar shopping tolong bawakkan barang or handbag si gelfren. Tolong bukak pintu kereta kalau gelfren nak masuk. Tolong pakaikan helmet kalau naik motor. Berjanji setia sehidup semati. "U jump I Jamban jump" Kadang-kadang ada yang bagi nafkah walaupun tak kahwin lagi. Tapi bila dah " Aku terima nikahnya..." Ayang buatla...abang nak relaks jap. Penat buat kerja berlambak kat opis" Takpela kalu si isteri memang tak kerja. Kalau sama-sama kerja si isteri pun penat gak. So, di sinilah kadang-kadang bermulanya pergaduhan. Kenapa..? Kerana sikap takmau tolong-menolong dan bertolak ansur antara satu sama lain. Anak-anak pun jadi mangsa keadaan apabila melihat ayah dan ibu asik bergaduh. Jom baca skit panduan  di bawah ini :-


  1. Kalau pasangan sudah ada anak,sama-samalah menjaga anak. Jangan sekali-kali lepas tangan dan suami duduk tersandar depan TV atau relaks. Tidak salah jika suami turut menjemur kain dan menyapu sampah. Sekiranya suami makan dulu,tinggalkan sedikit lauk untuk isteridan jangan habiskan semua kerana kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan. 
  2. Jangan suka bersepah dan bersikap pengotor. Apabila anda membuka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. Apabila mengambil sesuatu barang, simpan semula di tempat asal. Jika anda merokok, jangan merokok dalam rumah dan bilik air. 
  3. rajin-rajinlah bertanya isterikalau dia memerlukan bantuan anda dengan kerja rumah dan menjaga anak, apa lagi jika isteri sama-sama bekerja. Jangan tunjuk rajin hanya jika ada tetamu atau mentua bertandang ke rumah. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami bermegah ada kuasa veto, pendapat isteri harus diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Ketepikan ego yang keterlaluan. 
  4. jangan sekali-kali menyakat dan menyindir isteri mengenai saiz dan bentuk badannya yang semakin gemuk atau semakin melidi. Ada ketikanya perempuan cukup sensitif apabila ditanya mengenai perkara itu. jgn bermain wayang dan membodek mereka. Jangan sekali mencaci mereka walaupunsecara bergurau. 
p/s : Abang..belakang badan i gatal la..hoh..yang tu laju kot..

8 ulasan:

  1. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
    Muafakat memebawa berkat..hehehe..

    BalasPadam
  2. betul tu..kalu dah kahwin suami isteri kena uruskan umah dan anak2 sama2 barulah romantk dan hbgn erat terjalin..
    ~ berangan cuci kereta sama2 ngan suami n anak..hheheh tak kahwin ag ni tau ~

    BalasPadam
  3. huhu... nak marah takut derhaka pulak... sepatutnye kaum suami kene paham... tak kesian ker kat isteri...

    BalasPadam
  4. itula pasal..sebelum kahwin semuanya paham. Dah kahwin buat2 tak paham..huhu

    BalasPadam
  5. suka entry yang nih... wish my husband leh baca sbb dia tersgtlaaaa berat tulang walaupon sgt baik ati n penyayang..

    BalasPadam
  6. huhu..ye ke yuichiro..itulah isteri mithali..suami kurang camne pun tetap puji..

    BalasPadam
  7. insyaAllah shino akn jd baik cmni..hehe...kt umh, my mom slalu mntk tlg wt kje ni smua...hehe...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails