Tukang Ikut

Ahad, Mei 02, 2010

Elektrik Rumahku Kena Potong

Jangan buat camtu la cik TNB. Tiap-tiap bulan saya tak pernah miss bayar. Kenapa nak potong-potong lak ni. Nanti camna sy nak update blog..dahla unik visitor tak ramai..waaa..waaa...wakaka. Anda tentu takmau benda camtu berlaku kan. So, ape kata kita baca tips untuk menjimatkan elektrik lak. Kang guna terlebih, bil pun terlebih. Dah tak mampu bayar. Tapi bagi mereka yang memang kaya dan suka membazir boleh aja tak baca. :-
  1. Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ. Contohnya jika anda berada di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan or bilik air di tutup. Ada paham? Ok
  2. Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektonik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode 'standby'.
  3. Gunakan mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pencahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.
  4. Sebaik-baiknya gunakan kipas angin ( kipas berdiri or dinding ) dan kurangkan penggunaan penghawa penyaman udara.
  5. Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau mengadakan kenduri/majlis.
  6. Elakkan penggunaan mesin basuh yang melebihi muatan penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih, ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.
  7. Pastikan pintu peti ais di tutup rapat setelah digunakan.
  8. Rajin bersihkan habuk dan debu yang terdapat di dalam peti ais anda.
  9. Peti sejuk yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Sekiranya 'freezer' peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.
  10. Didik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang.
sumber : mingguan wanita

p/s : pembaziran itu amalan syaitan...

5 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails