Tukang Ikut

Ahad, Mei 02, 2010

Korang Kata I Busuk

Dah macam-macam minyak wangi i pakai..deodorant lagi..losyen satu badan i lumur..awat depa kata badan i berbau lagi ni. Ni yang malas nak keluar jumpa kawan-kawan ni. Pernah alami situasi seperti itu ? Memang betul badan berbau menjadi punca individu hilang keyakinan diri untuk bergaul dengan rakan sepejabat dan teman. Hakikatnya ramai yang tidak tahu bahawa badan berbau yang dialami individu berkait rapat dengan pengurusan dan penjagaan diri. Jom kita tengok mengapa ini masih berlaku walaupun kita dah pakai/buat macam-macam untuk menghilangkan bau badan ini :-


Cara penjagaan diri
Anda seorang yang aktif ? Kalau jawapan nya ya anda antara orang yang perlu lebih peka dengan penjagaan diri. Anda disarankan membuat mandian dengan sempurna. Tumpuan lebih hendaklah diberikan pada bahagian-bahagian yang terlindung untuk mengelakkan badan berbau.
Pemakanan
Makanan menjadi penyumbang kepada perubahan hormon dan penghasilan bau badan yang tidak menyenangkan. Bawang dan makanan berempah antara makanan yang mempunyai bau yang agak kuat yang boleh menyebabkan badan mengeluarkan bau busuk daripada liang roma terutamanya celah ketiak dan belakang badan
Peluh
Dua jenis kelenjar peluh luar (eccrine) dan juga kelenjar peluh dalam (apocrine) yang bertindak dengan bakteria di celahan dan lipatan tubuh menghasilkan bau yang kurang disenangi. Bahan yang dikeluarkan daripada dua kelenjar ini akan bertindak balas dengan bakteria dan menghasilkan bau meloyakan.
Masalah kesihatan
Masalah kesihatan dalaman juga dikenal pasti penyumbang kepada penghasilan bau yang tidak menyenangkan. Biasanya ia berlaku kepada individu yang mengalami penyakit diabetes. Pengambilan ubat-ubatan perangsang hormon juga boleh menjadi punca badan berbau. Dapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami masalah bau badan yang tidak dapat dikesan puncanya.
Pakaian
Pakaian juga menjadi penyebab kepada pembiakan bakteria pada sekitar tubuh. Pakaian yang tidak dibasuh dengan sempurna atau yang dipakai berulang tanpa mencucinya terlebih dulu menyebabkan bau hapak melekat pada tubuh. Bagi individu yang mengalami masalah badan kerap berpeluh, mereka perlu menukar pakaian lebih kerap berbanding individu normal. Ia bertujuan mengelak jangkitan bakteria merebak ke kawasan kulit menyebabkan badan berbau hanyir dan pilihlah pakaian serap peluh.
Tekanan
Apabila berada dalam keadaan tertekan dan gelisah individu lebih cenderung mengeluarkan peluh yang tidak terkawal walaupun ketika tidur. Peluh yang terhasil dalam jumlah tidak terkawal ini akan bertindak balas dengan bakteria di permukaan kulit. Atur tugasan dan emosi anda dengan baik.
Saiz badan
Individu yang mempunyai saiz badan besar lebih mudah mengalami masalah bau badan berbanding mereka yang normal. Ini kerana kelenjar peluh golongan berbadan besar lebih aktif sekaligus menghasilkan kuantiti peluh berganda walaupun dengan aktiviti yang minimum.
Cara hidup
Individu yang kuat merokok dan mengambil minuman keras lebih berisiko mengeluarkan bau badan kurang menyenangkan berbanding mereka yang mengamalkan gaya hiup sihat.
p/s : Jangan berasa rendah diri dengan keadaan ini. Banyak rawatan yang disediakan untuk menghilangkan bau badan ni. 

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails