Tukang Ikut

Sabtu, Mei 08, 2010

Hadiah Untukmu Ibu

Sempena hari ibu ni semua orang pun mengambil kesempatan untuk mengucapkannya. Ya..ibu pun tak ketinggalan untuk mengucapkan 'Selamat Hari Ibu' kepada semua ibu yang berada di luar sana. Masa inilah kita semua boleh mengambil peluang untuk menghargai jasa ibu yang kita sendiri tahu tidak ada apa pun hadiah atau apa saja untuk membalas jasa pengorbanan mereka selama membesarkan mereka. Kadang-kadang sedih bila dengar berita kata sesetengah di antara kita sanggup memperlakukan sesuatu yang membuat seorang ibu itu tersentuh.
Pada zaman sekarang setakat nak melawan cakap ibu tu biasa sangat dah..nak naik tangan ?..lebih dari itu pun kita dah pernah dengar. Alahai anak-anak sekalian..mungkin korang belum pernah merasa menjadi seorang ibu, jadi korang tak tau bagaimana sukarnya mereka membesarkan kita. Itu bukan alasannya. Lihatla dengan akal adik-adik ibu, hati mereka ini menyimpan perasaan kasih sayang yang yang tidak boleh digambarkan. Selagi ada hayat..selagi itu dikandung badan. Anak-anak dah ada rumahtangga sendiri pun tetap mereka memberi nasihat. Jangan anggap kita dah besar, dah punya family sendiri bermakna kita tidak perlukan mereka. Perkara ini semua pun dah tau..semua pun bijak pandai..belajar tinggi..tapi jangan lupa hargaila mereka. Selami hati mereka. Teringat ibu kali terakhir ibu balik kampung dan mahu pulang ke rumah, air mata mak ibu bergenangan. Apa maknanya..? Mak sayang kamu..mak kasihkan kamu...walaupun kamu dah punya family sendiri nak. Ye mak..me pun sayang mak. Oleh itu kawan-kawan, adik-adik, abang-abang sekalian..jom sempena hari yang bermakna untuk mereka ini kita sama-sama menghargai mereka. Walaupun tiada hadiah..ucapan kasih sayang pun sudah cukup untuk menggambarkan kita berterima kasih pada mereka. 

p/s : sedih la plak..wahai suami-suami..luangkan masa untuk isteri anda..biarkan mereka berehat hari ini. Sayangi ibu anda dan isteri yang melahirkan anak anda. Pengorbanan mereka tidak ternilai oleh kita

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails