Tukang Ikut

Rabu, Mei 05, 2010

Penyakit Mental

Sekarang ni kalau kita baca paper dah banyak kes seperti mencederakan atau membunuh disebabkan oleh bisikan yang mereka dengar. Selalunya bisikan yang membawa kepada kesan keburukanla. Dulu heboh pasal kes pembunuhan empat sekeluarga. Memang menggerikan. Tetapi apakah puncanya pun kita tak tahu. Terbaru seperti yang kita semua tahu kes toreh-menoreh lak. Bukan toreh getah ye adik-adik. Tetapi toreh alat sulit isteri. Mengapa terjadi begitu ? Menurut laporan berita hari ini si suami kononnya mendengar 'bisikan jin' menyatakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Seperti kes-kes sama yang pernah berlaku dahulu kemungkinan mereka ini mengalami tekanan mental. Apakah penyakit mental?
Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi. Wah sampai begitu sekali yer. Kita tengok pula apakah penyebab kepada penyakit mental ini. Menurut kajian penyebabnya tidak diketahui dengan tepat lagi. Kajian masih dijalankan untuk memperincikan punca sebenar penyakit ini. Namun terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya penyakit mental.

Faktor genetik/ keturunan
Ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

Gangguan bahan kimia dalam otak
Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan muncul. Sebagai contohnya:-
  • Schizophrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan
  • Kemurungan: Paras serotonin terlalu rendah
  • Mania: Paras serotonin meningkat secara melampau
  • Kebimbangan: terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin
Jangkitan virus
Mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan dengan kemunculan penyakit mental

Sejarah hidup yang getir
Sebagai contoh: mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibu bapa semasa kecil, terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang sukar

Keadaan sosio-ekonomi yang rendah
Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh meningkatkan masalah penyakit mental.

p/s: simpati dengan apa yang terjadi

11 ulasan:

  1. I FOLLOW U....FOLLOW ME NOT? YES YES YES..HEHEHE

    BalasPadam
  2. hurm.....sngt menakutkan la...bahaya gak klu orng ada masalah mental....tak pasal2 bolh dngr suara jin....

    BalasPadam
  3. huhu..qiefly. kalau dengar tu masa tgh sedar lagi takut..

    BalasPadam
  4. Salam...
    mcm2 penyakit skrg ni yer...
    yg menakutkan,sampai berbunuhan tu..
    eee....jgn la terjadi kat kita...
    minta dijauhkan..

    BalasPadam
  5. wow! sangat bagus info ni. lagi satu, kurang iman di dada. tu yg mudah terikut bisikan iblis! ;D

    NISECA suka merapu

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails