Tengok apa pula..? Ni..tengok anak ni. Awat lak? Jawab ibu sambil p ke depan tengok apa kebendanya ayah dok panggil-panggil. Ibu kan tengah sibuk blogwalking..hehe. Tengok-tengok adik a.k.a Rayyan tengah letak gauze kat tangan ayah. Ya Allah..bijak sungguh. Maybe dia selalu tengok ibu letak ubat kat kaki ayah. So tadi dia pun sibuk-sibuk lak nak letakkan. Adik..adik. Jumpa mana tah bekas ubat tu. Budak baru nak belajar. Semua benda yang kita buat dia nak buat. Abangnya masa kecil dulu pun sama. 'Ayah sakit?..kelam kabut p cari ubat letak kat kaki ayah dia. Padahal ayah dia tak rasa ape pun..hehe. Tapi dah besar ni kurang skit. Turun kat adik dia pula. Harap-harap jangan masa kecil jer. Biar sampai ke besar dapat tolong ayah.
10 Pesanan Lukmanul Hakim Kepada Anaknya
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13. Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan.
1. Wahai Anakku yang ku sayangi…
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.
2. Wahai anakku yang ku sayangi…
Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.
3. Wahai anakku yang ku sayangi…
Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.
4. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.
5. Wahai anakku yang ku sayangi…
Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6. Wahai anakku yang ku sayangi…
Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT
7. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.
8. Wahai anakku yang ku sayangi…
Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.
9. Wahai anakku yang ku sayangi…
Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.
10. Wahai anakku yang ku sayangi…
Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya.
p/s : semoga anak-anakku menjadi anak yang soleh. amin
amin..smoga yer..budak2 skrg sangat lah bijak..hehhe
BalasPadamhehe~ amin2~sgt bgus pesanan ni~
BalasPadamamin.. =))
BalasPadamsmoge saye jd macam tu jugak.
amin amin ya rabbal alamin...
BalasPadambudak2 kecik memang suke mencuba benda2 baru kan. hehehe, comel betul bila tengok dorang buat ape yg dewasa buat. moga2 mereka membesar dengan penuh kasih sayang terhadap ibubapanya.amin :)
BalasPadambetul liyka...kadang geram tu hilang camtu jer bila tgk kesungguhan mereka utk belajar sesuatu. amin..semoga mereka menjadi anak2 yang soleh dan berguna...;)
BalasPadam
BalasPadam韓國視訊-台灣甜心女孩聊天室
日本視訊-大秀聊天室
line視訊-午夜聊天室大廳
玩美女人影音秀-同城聊天室
9158虛擬視訊-能看啪啪福利的直播app下載
live173視訊-韓國美女主播視訊聊天室
show live影音視訊網-ut視訊聊天室福利視頻
showlive影音視訊聊天網-聊天室福利在線視頻
台灣辣妹視訊聊天室-一對多聊天室福利
成人視訊-午夜激情直播間