Tukang Ikut

Ahad, Jun 06, 2010

Sekilas Cantik

Apa yang sekilas cantik ni..? Anda mahu tahu..? Jom kita kongsi-kongsi :-

  1. ANDA TERASA MURUNG? - Ayuh kenakan persalinan kuning tidak kiralah baju, kasut atau aksesori. Percayalah anda pasti gembira sekelip mata.
  2. WALAUPUN ANDA BERKULIT PUTIH - Jauhi warna-warna yang terlalu pucat, pilihlah warna terang atau warna gelap agar seri kulit lebih terserlah.
  3. UNTUK ANDA YANG BERKULIT SAWO MATANG - Jauhi warna yang terlalu terang. Pilihan terbaik anda lebih cantik memakai warna cerah tetapi lembut.
  4. KALAU ANDA BERUMUR 20-AN HINGGA 30-AN - Apatah lagi jika tubuh anda sempurna, maka sarunglah pakaian yang sedang 'in' dan bergaya semahunya.
  5. RAMBUT KERINTING ATAU 'PERM' - Paling sesuai untuk anda yang mempunyai wajah bentuk hati. Pastikan panjang rambut anda hanyalah separas dagu.
  6. UNTUK ANDA YANG BERTUBUH PENDEK DAN BERISI - Elakkan memakai 'legging' dengan kemeja labuh. Ia hanya akan menampakkan betis anda yang bersisi.
  7. JIKA INGIN MENGENAKAN BULU MATA PALSU - Pastikan anda memasangkan bahagian bulu mata yang panjang di bahagian tengah dan bukannya di hujung. 
  8. PENYAMAR NODA WARNA KUNING - Mampu menyembunyikan gelung hitam di bawah mata dengan baik. Kesan mata sembab atau lebam juga boleh dipudarkan.
SUMBER : MAJALAH RAPI

P/s : Cantik, tertarik, kau memang da booommmm

7 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails