Tukang Ikut

Selasa, Jun 01, 2010

Ujian Pap Smear

Sudahkah anda melakukan ujian Pap Smear ini ? Kalau yang sudah jom kita ceritakan pengalaman tersebut kepada mereka yang belum melakukannya kerana ujian ini sangat penting bagi kaum wanita. Sememangnya kebanyakan mereka ini berasa takut untuk menjalani ujian tersebut kerana mereka fikir ujian ini pasti menyakitkan. Ibu pun dulu takut gak. Tapi bila dah p tak sampai 5 minit dah siap. Itu pun tak sedar bila lak dia masukkan alat untuk ujian tu. Sembang punya pasal tiba-tiba nurse tu kata dah siap. Aik..bila lak dia buat ni..hehe..


"Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear, merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan pra-malignan dalam serviks.

BAGAIMANA IA DILAKUKAN?
Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan dengan kayu spatula, secebis kapas atau berus (seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah) dan kemudian diperiksa di bawah microskop.

Hasil ujian ini akan menunjukkan:
1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)

Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks digalakkan untuk menjalankan ujian PAP.

MENGAPA IA SANGAT PENTING?
1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.

Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.

DI MANA DAN BILA UJIAN DILAKUKAN?
Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih. Anda sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.

APAKAH YANG SEBENARNYA BERLAKU SEMASA UJIAN TERSEBUT
  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

 Nota penting:
1. Lebih kurang 2 hari sebelum ujian PAP, anda mestilah mengelakkan daripada dusing (pancutan air yang dilakukan oleh doktor ke atas rahim wanita), atau menggunakan ubat-ubatan untuk faraj atau sabun spermisid, krim atau jeli (kecuali dinasihatkan oleh doktor).
2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP"


p/s : tabahkan hati..kuat semangat demi kesihatan diri anda

23 ulasan:

  1. mayapernah buat sekali jer, masa tu maya ader cyst..tu yg buat Pap smear..ingat nk buat lagik, sbb dah lebih 3 thn

    BalasPadam
  2. wah..bagus orang cam maya ni..benda ni memang baik utk kita wanita kan. biar beringat dulu sebelum terkena..

    BalasPadam
  3. mcm sakit je..

    feel free,go here :)
    izyan's

    BalasPadam
  4. sepupu ada wat pap smear ni kat SMC shah alam. dia kata doktor xde masukan spekulum, cuma masukan putik kapas terus dan amik sampel tisu, so xlah sakit. klw yg kena masuk spekulum tu yg wat seriau ckit.

    BalasPadam
  5. org yg blum kawin m sue perlu gak ker...?

    BalasPadam
  6. kat klinik kerajaan nurse buat kasar, my sis le citer,sakit la. kat klinik swasta tak sakit, maybe tak kasar kot cara buat tu.

    BalasPadam
  7. sue...

    Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?

    Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

    http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?lang=dewasa&storymaster=1154958496810&storyid=1154958496810&substoryid=1130730545609

    BalasPadam
  8. myra-honey..me pun tak perasan ape benda dia masukkan. rasa cam putik kapas gak..;)

    BalasPadam
  9. nuriz..ikut gak dapat nurse yang camna. me dapat yang ramah n baik. Tapi memang pernah jumpa pun nurse yang kasar kat hospital kerajaan masa nak bersalin dulu. kurang asam tui...heheh

    BalasPadam
  10. nk buat jugak, tapi segan..
    doc yg akan buat kt kte ni pmpn la kn?

    BalasPadam
  11. selalunya kalu kat klinik kesihatan ni nurse perempuanla. tak pernah pun dengar doc lelaki..hehe..taktau la kalu doc tu takder keje nak buat sampai nak buat kerja senang tu kan..eh..tak taula..kang memandai kang salah lak. takper..nanti me tanya ank sedara yg keja nurse tu..tunggu..;)

    BalasPadam
  12. saya dah setahun lebih kahwin,anak baru sorang,dah boleh g buat appoinment pap smear ke?

    BalasPadam
  13. saya dah setahun lebih kahwin,anak baru sorang,dah boleh buat appoinment utk pap smear ke?

    BalasPadam
  14. sally...bleh dah..selalunya nurse akan suggest...

    BalasPadam
  15. Cara praktis dan telah banyak terbukti tentang rahasia ramuan herbal khusus untuk memberantas, mengobati, mengatasi, menyembuhkan, membersihkan, dan mencegah keputihan pada wanita. Kunjungi blog ini: http://mengatasikeputihan.blogspot.com

    BalasPadam
  16. crystal..siapa yang mahu info sila ke blog yang disertakan....;)

    BalasPadam
  17. sy bru je bt ujian penghujung bln 12 thn lps..memandangkan sy xpernah bersalin lg so, agak sakit gak la ms nurse msukkan 'spekulum' tu..nsb nurse baik..asyik tnya ok ke tak..hehe.igt lma prosesnya rupanya kejap je..

    BalasPadam
  18. Baru buat last week.. result pun belum tau lagi.. berdebar gak.. mmg masa buat tu ada rasa x selesa sikit.. tp xde la sakit sgt.. still boleh tahan lagi... kita perempuan ni better buat la. hari2 duk tgk iklan cegah kanser servik ni.. tu y terpanggil untuk wat gak..

    BalasPadam
  19. ade kena mengena ngn dara ke x eh? kmpius.. seram

    BalasPadam
  20. seriau gila...takut la nk wat

    BalasPadam
  21. takut memang takut tapi untuk kebaikan kita kena buat gak benda ni..banyak2 bertenang..;)

    BalasPadam
  22. saya dh 2 kali kguguran..nurse kt hosptal da set kan apointment tuk wat pap smear..tkot pun ade.

    BalasPadam
  23. Wanita mengandung boleh lakukakn ujian pap smear ke?

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails