Tukang Ikut

Sabtu, Oktober 16, 2010

GAJI MINIMUM SEKTOR SWASTA DILAKSANAKAN JUN-JULAI 2011

SUNGAI PETANI 16 Okt. – Gaji minimum sektor swasta akan dilaksanakan seawal-awalnya pada Jun atau Julai tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam. Beliau berkata, bagaimanapun tahap minimum gaji berkenaan hanya akan diputuskan semasa pembentangan cadangan di Kabinet pada Mac tahun depan. "Sebelum itu kita akan tubuhkan Majlis Penetapan Gaji Kebangsaan dan sebelum majlis itu ditubuh satu akta akan digubal dan dibentang dalam sesi Parlimen akan datang. "Setelah majlis itu dibentuk, ia akan diberi tanggungjawab untuk tentukan cara mana nak tetapkan gaji minimum itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen ke-3 Universiti AIMST, di sini hari ini. Subramaniam berkata, penetapan gaji berkenaan akan berdasarkan kepada sama ada di peringkat kebangsaan, wilayah atau sektor. – Bernama
Tentu mereka yang bekerja di sektor swasta gembira mendengar berita ini. Sekurang-kurangnya ada pembelaan untuk mereka yang kurang mendapat faedah dan kemudahan seperti sektor kerajaan yang rata-rata semua tahu kelebihan yang mereka dapat berbanding mereka yang berkerja di sektor swasta ini. Tambah pula di negeri-negeri yang kurang maju yang mana memberi basic gaji yang terlalu kecil. Contoh me pernah keja di Kedah ni dah banyak tempat dah. Tapi gaji pokok masih Rm 350-400. Bonus, elaun...kalau majikan nak bagi. Nak tunggu hujung bulan jenuh mencatu la. Kalau laki bini kerja pun rasanya masih tak cukup. Mana nak bayar pengasuh lagi, susu, pampers...uii..banyak tu. Bagi mereka yang dah berkahwinla. Yang tak kawin tu pun tentu tak cukup walau makan minum di tanggung mak pak. Ater..nak beli topup lagi, belanja awek..hehe..Tapi biar penetapan gaji tu rasional la dengan keadaan ekonomi sekarang. Tentu graduan-graduan juga tidak akan memilih kerja jika ia dilaksanakan dan mereka tidak akan rasa ditindas lagi. 

p/s : ingat lepas en.suami dah bleh bawak keta sendiri nanti, me nak start bekerja balik..;)

16 ulasan:

  1. Lama betul nak tunggu diorang buat keputusan nie...

    BalasPadam
  2. gdoupt...betul tu..semabang lebih tapi apa pun takder..;)

    BalasPadam
  3. yeah! sokong jugak benda ni.. boleh mengurangkan perjudian d kalangan dak2 remaja gak klu gaji dh ckup :)

    BalasPadam
  4. silap2.. bukan remaja.. tapi belia.. ngeee =P

    BalasPadam
  5. Carlos from Brazil owner of English tips, inviting you to visit my blog. And I take part on google, beautiful site.

    BalasPadam
  6. asada..sebenarnya banyak mengguntungkan banyak pihak. tapi tu la...asik ditangguh...

    BalasPadam
  7. Sengallah diaorang nie...nak buat keputusanpun susah ..makin kayalah tokeh cepet tu....kes bunuhpun sebulan jer...kenapa trend kerajaan pd swasta cam tu..kalau kktgn dia cepat jer...

    BalasPadam
  8. assoy..tak tahulah aper masalah depa..pening pikir gaji dok takuk lama..

    BalasPadam
  9. sokong2....rakyat bukan mintak gaji lebih tp biarlah sesuai dgn keadaan skrang yg serba mahal...

    BalasPadam
  10. azhar...betul2...agak2la gaji pun. jangan sampai menindas pekerja lak.

    BalasPadam
  11. nice post, knjungan prdana di blog ini


    salam knal

    BalasPadam
  12. info..kredit tu berita online...salam kenal

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails