Tukang Ikut

Jumaat, November 12, 2010

ALAHAN UBAT

Sangat menyusahkan kalau ada antara kita yang alah kepada ubat. Bukan maksudnya menyusahkan sesiapa tetapi kepada diri sendiri apabila badan dalam keadaan sakit. Terpaksa menanggung kesakitan tanpa bantuan ubat-ubatan keranan alahan tersebut. Anak me turut mengalami keadaan sebegini bila mana dia alah kepada ubat demam. Tapi tak pasti sangat. Cuma apa yang me tahu apabila dia di serang demam dan makan ubat paracetemol maka dia akan mengalami gejala gatal-gatal badan, ruam dan bengkak-begkak di seluruh badan terutama kepala. Kadang-kadang sampai tahap yang sangat menakutkan bila me sendiri cuai dengan memberi dia ubat tersebut.
Sebabnya kalau di klinik me akan beritahu siap-siap pada doktor tentang perkara itu. Tetapi semalam me lupa dan berikan dia ubat batuk Cap Ibu dan Anak. Malamnya kepala dia bengkak-bengkak. Mata pun dah naik sepet. Maknanya bila dia demam me cuma perlu demah badan dia jer. Nasib baik si adik tak macam tu. Ok..di sini me sertakan sekali cara pencegahan alahan ini. Mana tau ada antara ahli keluarga kita yang alah juga. 
  • Tiada cara yang diketahui untuk mengelakkan alahan ubat. Anda boleh mengurangkan risiko dengan meminimumkan pengambilan ubat selagi boleh. Semakin banyak badan terdedah dengan ubatan, semakin mudah untuk mendapat alahan ubatan.
  • Sentiasa memberitahu anggota kesihatan yang anda temui untuk rawatan mengenai alahan anda dan jenis tindakbalas yang anda hidapi.
  • Jangan mengambil ubat yang ada tindak balas kepada anda sebelumnya. Sekiranya anda sudah terdedah dengan tindak balas kali pertama, risiko untuk mendapat tindakbalas yang lebih teruk akan lebih meningkat.
  • Sekiranya perlu, pakailah gelang atau rantai pengenalan kesihatan. Peralatan ini dipakai pada pergelangan tangan atau leher untuk memberitahu anggota kesihatan mengenai tindak balas alahan dan risikonya.
  • Anda boleh membawa kad yang berkaitan informasi kesihatan di dalam dompet. Beritahu anggota kesihatan yang merawat anda mengenai sebarang kesan sampingan yang pernah dialami sebelum mereka mendispensi ubat kepada anda.
  • Beritahu anggota kesihatan yang merawat anda tentang sebarang ubat, preskripsi atau tanpa preskripsi yang anda telah ambil.
RAWATAN
Rawatan untuk alahan ubat termasuklah memahami perkara yang perlu dilakukan jika anda mempunyai tindakbalas alahan ini. Elakkan ubatan yang menyebabkan alahan dan menggunakan ubatan seperti antihistamines untuk gejala yang sederhana. Sekiranya anda mendapat gejala alahan sebaik sahaja selepas mengambil ubat, berjumpalah dengan doktor. Anda boleh mengambil antihistamine seperti diphenhydramine(Benadryl dan sebagainya) untuk menghilangkan kegatalan dan mengurangkan ruam. Sekiranya tindakbalas menjadi lebih teruk anda memerlukan rawatan seperti suntikan ataupun pengambilan secara oral bagi corticosteroids. Tindakbalas anaphylaxis memerlukan tindakan segera dengan suntikan epinephrine dan rawatan di hospital untuk mengekalkan tekanan darah dan membantu pernafasan.

p/s : yang rawatan n pencegahan tu me copy jer.....

14 ulasan:

  1. huhu memang sangat susah kalo alahan ubat. cena la nak elok ye kalo saket :)

    BalasPadam
  2. sy tak alah pada ubat tp susah nak makan ubat lak.. dulu kalau masuk je ubat dlm mulut auto muntah..

    Jom vote cerita kreatif saya dengan menaip LEKAT LEKIT GURL STORY kat http://www.benashaari.com/2010/11/mari-mengundi-jangan-persiakan-undian.html

    BalasPadam
  3. anak izan pun pernah jadi kes mcm ni. tp dah lupa plak ubat apa..(cuai disitu sbb tak tulis terus). bila makan terus jadi bengkak2 mcm fiq bagitau tu lah...

    BalasPadam
  4. freaky..kena tahanla jawabnya..sgt kesian..

    lekat..ooo..takut ubat rupanya..hehe

    shino...;)

    BalasPadam
  5. panadol..hehe..patut nama pun panadol...

    izan..yeke..ingatkan anak me jer..takut gak. ayah dia pun sama tau..kadang2 dh rupa cam mamat korea bila mata sepet tu..hehe

    BalasPadam
  6. ishh..susah jugak ye kak kalau alah dgn ubat ni..tp rasenye sy belum ade alah ubat ape2..in fact, sy xsuke mkn ubat pon..yarkk!

    BalasPadam
  7. kawan MJ dulu alahan ubat.. masa dia muntah2, kitorang bagi makan ubat tahan sakit.. then dia jadi macam org Histeria.. badan ketar2, macam nak sawan pon ada.. then p hospital, doktor cakap dia alahan ubat.. adesss.. habez satu kamar kena sbb bagi ubt.. ngeee...

    BalasPadam
  8. misya..senangla kalu jenis suka makan ubatkan..tak banyak kisah..;)

    mujahadah..me dah tanya doc kalu jadi camtu terus bawak hospital sebab dia takleh nafas..paru2 jadi sempit..merbahaya..kena hati2 selepas ni..

    BalasPadam
  9. Hai...
    Pernah ada kes seseorang tu apabila amal makan ubatan herbal (untuk kesihatan), vitamin, terjadi suatu jangkitan seperti kemerah-merahan dan panas di kulit. Seterusnya membawa kepada jangkitan seperti nanah dan jerawat yg sukar pulih. Kalau trjadi kes mcm ni, segera teliti jalan penyelesaian di:

    Info tentang jangkitan kuman ke atas kulit dan cara membasmi

    supaya tak melarat. Amalan telan pil byk2 skg ni dah jadi satu trend - tujuan nak dapat kesan kesihatan memuaskan, tp lain pulak jadinya. So, berhati2.

    BalasPadam
  10. angin..mekasih info..takut kalau kesannya sampai camtu sekali kan. sekurang-kurangnya p la jumpa doktor supaya dapat elak kes yg tak diingini..tak tahu kena tanyakan... ;)

    BalasPadam
  11. mintak izin untuk ambil maklumat..t.K :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails