Tukang Ikut

Jumaat, November 26, 2010

BERSABAR DALAM BERDOA

Hadith  :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” (Muslim)


Huraian :
Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
kredit : mStar Online

p/s : sabar itu separuh daripada iman.....sabar

18 ulasan:

  1. betul fiq..kita akan lebih tenang
    jika berdoa itu selalu diamalkan
    rasa diri kita dkt dgn Allah

    BalasPadam
  2. pencacai alim..;)

    sarah..sangat dekat..ketenangan yang tidak boleh di tukar ganti..;)

    BalasPadam
  3. setuju sangat... bersabar dan istiqamah..insyaAllah.. lambat atau cepat Allah makbulkan juga

    BalasPadam
  4. tq up entry ni...hampir2 saja berputus asa..

    BalasPadam
  5. Betul tu lambat atau cepat kelak Allah akan kabulkan juga doa hamba²-Nya..

    BalasPadam
  6. amira...;)

    eda..;)

    yousuf..;)..

    terus berdoa semoga ada sinar di sebalik semua kejadian...;)

    BalasPadam
  7. berdoa itu semacam berkebun dan bercucuk tanam.tabur benih hari nih takkan tumbuh saat tuh jugak.Kena sabar dan selalu menjaganya.kadang2 tumbuhan itu tidak tumbuh seperti yg kita harapkan tapi kita takkan musnahkan keseluruhan tanaman itu.Kita masih lagi usaha untuk menjadikan ia subur dan mengeluarkan hasil.Pokok pangkalnya jangan berputus asa.

    BalasPadam
  8. biskut..selalu tunggu komen kamu...ya..jangan berputus asa dah terus bersabar...caiyok2 fiq..;)

    BalasPadam
  9. aww..akak, sy mcm gedik2 menangis bace pos akak ni..mengada gile mate ni..hurmm tp kan? mmg xboleh putus harapan..maseh kongsi ni kak..pos akak slalu jadi motivasi hidup sy..

    BalasPadam
  10. salam fiq,
    kekadang tu kita tidak sedar yang doa kita telah dimakbulkan, mungkin dalam bentuk yang lain.

    BalasPadam
  11. hans...kredit kat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    misya..jangan sedey2 misya..nanti mata bengkak buruk..hehe...senyum..;)

    abah..betul jugakkan..kdg2 perasaan hampa menutupi pandangan kita tentang pemberian Allah kepada kita yang lain...astaghfirullahalazim

    BalasPadam
  12. berdoa kene istiqamah, bukan dan2 tgh susah je berdoa:) pastu kene ikhlas;p bukan sekadar lafaz dimulut tp hati nak lain.

    cthnye, mintak Allah tunjukkan pilihan terbaik.tp kat hati da mmg nk pilih bende yang satu tu.(fhm x??:P)

    BalasPadam
  13. kobe..betul tu. faham2..hehe..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails