Tukang Ikut

Sabtu, November 20, 2010

BERITA DAN GAMBAR PERNIKAHAN ELYANA

Tetiba citer pasal artis. Sekali sekala. Relaks sekejap hujung minggu dengan cerita cam gini lak. Tentu semua dah tahu berita tentang perkahwinan Elyana dengan pilihan hatinya Khairul Anuar Hussin ni kan. Ok..untuk berita penuh tentang pasangan sama cantik sama padan ni kredit kepada Kosmo Online

KUALA LUMPUR - Selepas lima tahun berkenalan, penyanyi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal selamat diijabkabulkan dengan Khairul Anuar Hussin pada majlis pernikahan di Ampang dekat sini malam tadi. Elyana, 23, dan Khairul, 35, pemilik restoran Jepun di Bangsar dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Emrizal Shamsudein. Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu itu kelihatan anggun dengan persalinan baju kurung moden berwarna biru rekaan pereka fesyen terkenal, Hattan Dolmat. Dia menerima wang hantaran berjumlah RM22,000 dan mas kahwin RM80 serta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh kepada pihak lelaki.








Elyana memilih Khairul Anuar sebagai pasangan hidup kerana menganggap suaminya itu seorang yang penyayang dan mengambil berat tentang dirinya. Pasangan itu telah bertunang pada 11 Julai 2009. Majlis resepsi pengantin perempuan berlangsung hari ini di Duchess Place, Ampang manakala majlis pihak lelaki akan diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat, Mentakab, Pahang pada 27 November. Pasangan itu hanya merancang untuk berbulan madu tahun depan memandangkan masing-masing mempunyai jadual kerjaya yang padat.

p/s: cantikkan mereka..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

11 ulasan:

  1. smoga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. huhu.. (bleh ker)

    BalasPadam
  2. semoga elyan dan suami bahagia selamanyaaa..amin

    BalasPadam
  3. ello..bolehla tu..hehe

    ummi..amin

    BalasPadam
  4. wah umur kite same la elyana... (>_<)

    BalasPadam
  5. diary..sama..awak bila mau kahwin..hehe

    paw..cepat2 skit..leh makan nasi minyak blogger lak..;)

    BalasPadam
  6. semoga mereka bahagia hendaknya kan...

    BalasPadam
  7. mesti ramai dah tengok video Save The Date Elyana & Khairul kan? pasangan yg comell

    BalasPadam
  8. prince..amin

    dark half..belum lagi...nak tgk..;)

    chandra..selamat..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails