Tukang Ikut

Isnin, November 29, 2010

GIGI BERLUBANG

Semalam, kelmarin nampak tak me blogwalking? Ada..uuu..silap orang kot. Me dah 2 ari kot tak blogwalking. Pertama...sakit kepala. Kedua...anak demam. Ketiga...langgar lari. Keempat...gigi lubang. Ada rupa muka hospital or klinik tak me ni. Tulun..me takmau jumpa doktor..huhuhu. Ngada-ngada...abaikan. Cerita pertama, kedua dan ketiga buat tak nampak sudah. Me nak cerita yang keempat. Gigi berlubang. Sangat sakit, sangat ngilu, sangat membosankan. Pergi hospital kerajaan dah tentu murah tapi menyampah nak tunggu tarikh temujanjinya sebulan akan datang. Masa tu mungkin gigi dah rongak kot. Nak p klinik swasta bukan tak tau. Sebatang gigi tak sampai baper minit tampal dah Rm80. Itupun tak tahu sampai bila tampalan tu boleh bertahan. Ok..buat sementara duit tengah ellek ni p la hospital kerajaan. Sep..orang Kedah kata. Opss..sebelum tu jom baca lagi untuk tambah ilmu pengetahuan :-

GIGI BERLUBANG

Gigi berlubang bukanlah seperti ungkapan ‘orang dahulu’ disebabkan oleh ulat. Jika dahulu ramai percaya gigi berlubang berpunca daripada ulat tetapi berjaya disanggah oleh Willoughby Miller seorang doktor gigi Amerika yang bekerja di Universiti Berlin. Beliau berjaya membuktikan bahawa gigi berlubang disebabkan oleh pertembungan di antara bakteria dan gula. Bakteria akan mengubah gula daripada sisa makanan menjadi asid yang menghakis gigi dan akhirnya membuat lubang kecil pada gigi. Apabila terdapat lubang pada gigi (enamel) anda masih belum merasa sakitnya. Tetapi, lubang kecil ini akan menjadi tempat sisa makanan melekat dan dengan adanya bakteria akan membuat lubang lebih besar dan membolosi bahagian dentin gigi. Waktu inilah anda akan mulai merasa sakit terutama apabila mengunyah makanan. Apabila dibiarkan lubang akan sampai pada bahagian saraf sehingga anda akan merasai sakit gigi. Proses ini tidak akan berhenti sehingga akhirnya gigi menjadi habis dan hanya tinggal akar gigi sahaja.


Tidak ada cara lebih baik mengatasi sakit gigi melainkan berjumpa doktor gigi. Sebaik sahaja anda mengalami sakit gigi atau gigi berlubang berjumpalah dengan doktor gigi berdekatan. Ramai tidak mahu atau tidak suka berjumpa doktor gigi kerana kos yang agak tinggi berbanding dengan sakit demam biasa dan tidak kurang juga yang malu dikatakan tidak pandai menjaga gigi. Gigi berlubang tidak akan sembuh dengan sendirinya. Mungkin sakit gigi akan hilang tetapi keadaan gigi tidak dapat diperbaiki kerana akan tetap berlubang bahkan akan menjadi lebih besar lagi.
( kredit : MIDI )

p/s : dah tahu...jangan berlengah oke...malu weh gigi tak cantik..doktor..oh doktor...waaa.

31 ulasan:

  1. jangan suka makang coklat dan benda manis2. gosok gigi selalu..

    sekalidatang sakit, rasa nak cabut habis gigi2..huhu

    BalasPadam
  2. kena pegi klinik cepat2 tau! buat appointment tampal gigi.. bukan apa, nanti lubang bertambah besar.. gigi semakin sakit! kalau boleh tampak simen putih bukan simen kelabu ok... :)

    BalasPadam
  3. eee...tak sanggup gigi berlubang camtu..harus jage betul2 ni..

    BalasPadam
  4. heheeh..tampal yg warna sama gigi..tp mahal skit la..hehehehe~ aritu AK kene RM85 waaaaaaaa....abis duit..sob sob..tampal skittt je pn..xsmpai tahap sakit gigi pun..lubang kecik je..

    BalasPadam
  5. takutnye..pasnie fiqah kena rajin2 jaga gigi...(^_^)

    BalasPadam
  6. biarlah sakit beranak 10 kali pun x kan dpt menandingi sakit gigi ni..huh!

    BalasPadam
  7. aduh, tersiksa rasanya klu sakit gigi.. tp tak rajin juga nak selalu ke dentist..

    BalasPadam
  8. mata hati..tu la..rasa nak cabut semua..tapi sanggup ker pakai gigi palsu..huhu

    kella..ada kale2 lak simen ni ek..nanti kena minta simen putihlah nampaknya..;)

    ct fad..tobat weh kalu gigi camni malu...

    aliesha..me pun kena rm80..tu yg p krjn nyer lak..rabak2..

    BalasPadam
  9. budak..emm..kena p beli listrene la lepas ni..hehe

    fiqa..beringat sebelum kena..;)

    makdara..ada ka camtu..hehe..

    haniz..sangat seksa..jom p jumpa doc...=p

    BalasPadam
  10. adehh...

    kalo part jmpe2 doctor ni lah yg lemah...

    hehe

    BalasPadam
  11. Tak sanggup la kalau sakit gigi ni..ades...masa awak takde saya datang sini hari-hari ..tlong tengokkan blog awak..

    BalasPadam
  12. cempaka..yer ker..mekasih la tolong tengok2kan..ingatkan dah jadi aper la blog saya ni walaupun 2 hari..sangat rindu...huhuhu..hehe..;)

    BalasPadam
  13. Aku pun ada sebatang nie...eh!sekarang orang semua pergi hospital kerajaan...duit kita tu...cuba tgk kaum cha ya nun alif tu...dia orang pakai kete besar2 pun p sana..huhu...ambil peluang lagi boleh..:)

    BalasPadam
  14. cabut je gigi.. hehehe..
    takpun kumur air garam je laa hari2.. huhuhu

    BalasPadam
  15. dulu pnah kna cmni.. sakit sgt smpai denyut2 lg.. bila gi check bru tau saraf kt gigi tu dh rosak.. patutlaa x kuar darah..

    p/s: tq doktor sbb sabar cuci & tampal gigi sy dgn teliti, klau x mmg dh kna cabut gigi tu...

    BalasPadam
  16. assoy..memang pun..kalau ada lagi murah..muka depa la dulu kita nampakkan..hehe

    kid..jangan cabut weh..rongak karang..huhu

    caliph..sib baik dapat doc bagus..kalu sambil lewa tak ke naya..;)

    BalasPadam
  17. alamak..sakit tu gigi berlubang~

    BalasPadam
  18. tak mau, tak mau rase gigi berlubang

    BalasPadam
  19. angah pun ada gak gigi rongak... ermm takuttttt nak gi klinik gigi

    BalasPadam
  20. cadlyn..lagi sakit bila appointmentnyer lambat lagi..huhu

    nora..kalau takmau harus jaga gigi baik2

    izyan..yer..sayangi gigi anda..ingat orang tersayang..;)

    angah..gi la klinik tu..kang lagi teruk tau..;)

    BalasPadam
  21. isk takotnya..gigi yaty dah lama dah sakit tapi buat tak tahu je..takot gak ni..huhu

    nak tahu yang ketiga takleh ke?hihi

    BalasPadam
  22. saya pi cabut gigi kat klinik kerajaan ja..
    tak payah buat temujanji ke pa..
    tak tahan sangat memang cabut je la..
    saya ni takut tampal gigi..
    cabut tak pe..

    BalasPadam
  23. Tensionnye....gigi berlubang boleh hilangkan mood...tak sanggup nak sakit gigi lagi...

    BalasPadam
  24. huii gigi berlubang gak nii tp malas pergi klinikkk

    BalasPadam
  25. miss yaty..kena amik tau yaty..kang lagi teruk..huhu..yg ketiga sensitip..kang me kena masuk lokap lak..waaa..

    diana..kalau gigi depan cabut malu weh rongak..hehe..prosedur camtu..taktaula camana nak nunggunya..

    BalasPadam
  26. ein..haah..tobat2..

    honey..jangan malas..doc kater kalau satu lubang bleh lubang sebelah lagi..huhu

    BalasPadam
  27. baik pegi tampal gigi berlubang tu sebelum berjangkit ke gigi yg bersebelahan. Nanti kalau dh berlubang sampai ke akar gigi terpaksa di operate..nak ke? kos lagi mahal dari tampal..heheh

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails