Tukang Ikut

Selasa, November 02, 2010

KEDAH, PERLIS MULA BANJIR

ALOR SETAR - Kedah dan Perlis mula dilanda banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak kelmarin. Ekoran itu, lebih 3,000 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir di dua negeri terbabit ekoran rumah masing-masing dinaiki air sedalam lebih satu meter. Di Kedah, empat daerah dinaiki air iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena dan Kota Setar di mana lebih 2,000 penduduk dipindahkan dan beberapa jalan raya ditutup. Di Padang Terap, 1,449 penduduk daripada 385 keluarga di 18 buah kampung dipindahkan. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir, Nurul Aziati Ahmad Salmi memberitahu, mangsa dipindahkan pada pukul 7 pagi dan antara kampung terlibat ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja dan Padang Sanai. Katanya, pusat-pusat pemindahan dibuka di dewan Kampung Mani A, surau Kampung Mani B dan Mani C, dewan Felcra Tualak, dewan Kampung Padang Sanai, bangunan Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan, masjid Kampung Labi, masjid Kampung Tanjung dan Bendang Raja.

perlis

kedah

Tambahnya, bacaan paras air Sungai Kuala Nerang melepasi paras bahaya iaitu 19.81 meter (m) berbanding paras bahaya 17.07m manakala tiga lagi sungai berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Padang Sanai, Sungai Kubu dan Sungai Naka. Di Kubang Pasu, 491 orang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan iaitu Sekolah Menengah Changlun, Sekolah Kebangsaan Malau dan Changkat Setoi.


Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. 

p/s : banjir juga di Terengganu dan dijangka juga di Kelantan.

16 ulasan:

  1. moga mangsa2 banjir berada dalam keadaan selamat...

    BalasPadam
  2. ala sian nye..
    dak2 uum yg konvo tu mcm mane?
    kesiannya lah

    BalasPadam
  3. hantwo..emm..semoga depa berhati2 juga..

    bear..katanya depa yg nak balik dr konvo terpaksa patah balik..

    BalasPadam
  4. biase la dah hujung taun ni..musim tengkujuh come back..kene berjage2 je la..

    BalasPadam
  5. kawan saya bgtau, air dh surut..derang dh start kemas2 umah yg dimasuki lumpur tu..sian..kepenatan derang kan..:(

    BalasPadam
  6. member i dkt uitm perlis pon dikuarantinkan. x bole keluar kampus sebab skrg musim exam.

    BalasPadam
  7. ct fad..musim dia nak mai dah apa

    angah..musim orang kahwin kot..haha

    BalasPadam
  8. akma..oo..yeke..emm..kesian nak pindah randah kan

    meera...yela..kang sangkut kt mana2 susah lak nk balik kampus kan..

    BalasPadam
  9. x lame lg ni, trg pun bnjr gk la ni...smpt ke x raye pun x tau la...

    BalasPadam
  10. shino..ok la tu..merasa beraya naik sampan lak..hehe..gurau yer cik shino..

    BalasPadam
  11. haih..kesiannye org utara...hope xde ape2 tragedi buruk blaku ye~~amin... :)

    BalasPadam
  12. abes la..ezma yg setadi kat unimap ni pon bakal2 nak banjir gak..pasni nak balik uma la..kalo banjir kat sni tkot jln highway kene tutop...

    BalasPadam
  13. hehe...taun2 lps da merasa beraya dlm bnjir da...tp jmt gk aw...x yh bli bju raye pun...smua pkai bju mndi...ehehehe...

    BalasPadam
  14. hari ni banjir mcm besar n terok kat alor star...sy pon xleh g keja :)

    BalasPadam
  15. tapi poli jitra x tutup.....! exam dah dekat! final plak tu! nak masuk dewan cam na, tempat tutup!

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails