Tukang Ikut

Sabtu, Disember 18, 2010

DOKTOR OH DOKTOR

Petang semalam dalam pukul 2.30 petang en suami di benarkan keluar dari wad. Em..sangat lega sebab dapat balik rumah walaupun me tak tunggu beliau pada waktu malam. Kesian kat anak-anak kat rumah jer. Nasib baik mak me datang dari kampung tolong tengok-tengokkan. Bila en suami dah balik ni senangla hati skit bila dapat tengok anak selalu. Walaupun luka belakang en suami tak berapa nak baik lagi, doktor masih benarkan keluar dengan syarat 2 minggu sekali mesti datang ke hospital untuk lihat perkembangannya. Em..takperla. Janji boleh keluarkan. Jemu lak duduk kat hospital tu. Dahla makanan yang disediakan tak menyelerakan...eh..ada ker hospital lain yang bagi makan best-best. Hehe..demand lebih lak yer. Syukur alhamdulillah semuanya ok. Lupa lak nak bagitau pasal tebuk hari tu. Doktor tak jadi nak tebuk. Me pun tak faham. Sekejap datang satu group doc ni suruh tebuk. Bila datang seorang lagi kata jangan pula. Aisyy..yang mana satu ni. Pening-pening bila banyak kepala nak kena buat keputusan. Apepun nasib baikla tak ditebuk. Nanti jenuh lak nak jaga luka depan dan luka depan.


Depa takpala senang jer nak buat keputusan sebab bukan perut depa kan. Cuba kita tebuk perut dia. Nak ke taknak. Oh...mungkin pandangan me silap sebab me bukan dari bidang tersebut. Mungkin mereka ada sebab musabab sendiri. Tapi sebagai seorang isteri me tak sanggup nak tengok perut en suami di tebuk. Apatah lagi dengan keadaan beliau cam gitu kan. Tak ke sengsara nak jaga. Yang nak jaganya kita...bukan doktor. Yang penting semuanya dah selamat.


p/s : doktor pernah sakit tak?..gila punya soalan... :P

16 ulasan:

  1. :):):)
    semoga cepay sembuh
    terbaeeekkk!!!

    BalasPadam
  2. lekat...paralysed

    mknace..mekasih...;)

    BalasPadam
  3. salam...agar adinda terus menjadi insan yg tabah dan jangan lupa beribadah padaNYa ..agar pengorbanan ini akan di ambil kira bila kita telah tiada...(sekadar nasihat pada kao yang aku kagumi)...:)

    BalasPadam
  4. assoy..mekasih bro..hehe..kata2 kao saja sudah cukup utk me.. ;)

    peah..mekasih atas doa kalian...;)

    BalasPadam
  5. hm..dah miss byk ni..harap suami akak cepat baik la luka tu..ish..doktor cm main agak2 je nak tebuk ke tak ke..

    BalasPadam
  6. misya..mekasih..tu la pasal..geram jer dengan doc satu ni..sombong lak tu...wek..hehe

    BalasPadam
  7. sis...semoga semuanya slmt dan smoga suami sis sihat..

    BalasPadam
  8. smoga en suami cpt smbuh kak..:)

    BalasPadam
  9. semoga dia cepat semput..amin...

    BalasPadam
  10. Moga suami akak cepat sembuh...
    Dah lama ke suami akak lumpuh..?

    BalasPadam
  11. ira..gayah..mekasih..;)

    cahaya..emm..2 tahun 4 bulan..;)

    BalasPadam
  12. nub..lebih kurangla muka doc ni..hehe..baru pasan..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails