Tukang Ikut

Rabu, Disember 22, 2010

IKAN..IKAN..IKAN

Baca dalam nada orang menjerit nak menjual ikan yer. Takpun ala-ala apek bawa lori nak beli surat khabar lama..hehe. Emm..makcik jual ikan ni dah lama me perati. Tiap-tiap petang mesti dia dok terjerit-jerit jual ikan. Beliau  bukan berjalan kaki macam jual kuih tu yer adik-adik, abang-abang tetapi dengan menaiki sebuah motor yang sarat dengan ikan yang dah siap di packing. Taktau la sekilo ker berapa. Rasa cam lebih. Setelah sekian lama dia lalu depan rumah me, kali ini baru tergerak me nak beli. Rasa cam nak makan ikan segar lak. Petang semalam me beli Rm5 satu plastik. Ikan temenung. Ada dalam 21 ekor kecil-kecil jer. Me tanya kat dia ikan mana dapat ni. Beliau kata ikan dari Kuala tapi turun kat Kubang Rotan. Walaupun taktau kat mana me buat-buat paham jela. Setelah disiang dan dibersihkan me terus masakkannya. Masak aper? CUCUR IKAN. Tak tau? Me pun baru tau. Mungkin pernah jumpa tapi taktau lak namanya.

lebih kurang camnila bila siap digoreng...yummy

Itupun encik suami yang suruh. Bila dah buat baru me perasan cucur ikan ni la yang makcik kat Hospital tu kasi. Heran gak masa mula-mula tu. Awat dia bagi ikan jer. Nak makan ngan aper. Rupa-rupanya ikan tu untuk di ratah jer. Nama pun dah cucur kan. Lagi sedap di cicah dengan sos. Kata orangla. Me makan pun boleh tahanla. Ikan banyakkan. Kang simpan lama-lama tak sedap lak. Ni tengah fresh, isi pun manis lagi sedap juga kalau di ratah. Nak masak pun senang. Buat ala-ala KFC tu. Tapi ni Kentucky Fried Fish...ok tak..hehe

pic : google
p/s : seronok tengok ikan fresh..kat kedai tu kalau beli tapi tak pandai pilih alamat dapat yang pecah perutla..

16 ulasan:

  1. ni makanan org terengganu kak..
    kami panggil ikan celok tepung..
    sedap.. :)..
    tapi tepung akak terlebih pekat tu.. hihihi..
    kalau org yg biasa buat, tepung tu jadi ranggup.. dan melekat nipis jer pd isi ikan.. kalau ikan segar sedap kak :)..

    akak, ikan termenung tu ikan ape kak?

    BalasPadam
  2. wahhh...kak bg la resepi....nak buat cmne...mcm sdap je....hehehe

    BalasPadam
  3. ada kawan kita x suka makan ikan. pelik -.-

    BalasPadam
  4. lekat..sedap kalau garing..;)

    peah..tryla..me baru buat semalam..;)

    lady..tu gambar dr google..hehe..yg buat ni rangup jer..ikan temenung tu ikan yg tgh merenung masa depan..hikhikhik..ikan kembungla yang..;)..

    BalasPadam
  5. mat&mina..resepi?..hehe..celup ngan tepung n telur jer..me tak baper pandaila bab masak ni..;)

    aina..pelik..em..dia alahan kot..;)

    BalasPadam
  6. ikan celop tepung orang ganu kate .. hehe

    BalasPadam
  7. haha..sllu juga beli ikan kan kuala sungai, kubang rotan pernah dengar nama ni...

    BalasPadam
  8. kt warung tpi pantai area tganu byk ikan celup tepung ni..best pekena nga abc n tiupan angin pantai..hehehe

    BalasPadam
  9. sedapnya ikan celop tepung tu.. hujan2 mcm ni nampak lebih mengancam pula..

    BalasPadam
  10. athirah..orang kedah kata cucuq ikan..hehe

    sudais..em dekat kuala sungai pun ada..;)

    firdaus..abc?..sedapnya...;)

    hanis..hujan2 sedap makan benda panaskan..yum2..hehe

    BalasPadam
  11. pertama kali dengar cucur ikan..

    BalasPadam
  12. gayah..sedappp..;)

    kakyon..tu la pasal..me pun baru tau..

    hans..jom try..;)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails