Tukang Ikut

Rabu, Disember 15, 2010

INNALILLAHIWAINNAILAHIROJIUN


Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa lkerenda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Akhirnya beliau pergi setelah pembedahan yang dilakukan tidak dapat dijalankan lebih lanjut oleh para doktor. Menurut isteri beliau cuma setakat ini sahaja yang mereka mampu. Selebihnya berserah kepada tuhan. Walaubagaimanapun beliau masih sempat menyuruh anaknya mengimamkan beliau bagi solat maghrib.  Di pembaringan beliau nampak seakan sihat bila mengaminkan bacaan. Akhirnya lebih kurang jam 9.35 malam beliau menghembuskan nafas terakhir. Allah hu Akbar...Allah Maha Besar. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Insaf seketika bila pakcik di belakang katil en suami pergi meninggalkan anak dan isterinya. Sempat juga me tengok pakcik tu. Tapi entah macammana petang itu beliau seperti pitam seketika sebelum keadaannya bertambah nazak. Alhamdullillah beliau punya anak untuk mengimamkannya. Permintaan terakhir yang sangat syahdu apabila me melihat mereka sembahyang berjemaah. Dengan air mata dan sendu yang ada mereka menjalankan amanah tersebut. Bagi kita yang hidup ni didiklah anak supaya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana kita semua tahu apabila kita meninggal dunia kelak hanya tiga perkara yang kita bawa iaitu sedekah jariah, ilmu yang berguna dan memberi manfaat kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa untuknya. 

p/s : takziah..semoga Allah merahmati beliau dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman. Amin

10 ulasan:

  1. al fatihah untuk pak cik itu....

    BalasPadam
  2. fareast..yanie..alfatihah..

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah.. moga rohnya di tempatkan di kalangan org2 yg beriman

    BalasPadam
  4. semoga arwah ditempatkan bersama orang yang bertaqwa..

    alhamdulillah ade anak yang akan mengiringi arwah dengan doa.. :)

    BalasPadam
  5. memiliki anak2 yg soleh merupakan anugerah yang terindah.. Al-Fatihah untuk arwah..

    BalasPadam
  6. innalillahiwaninnailaihirojiunnn..
    semoga ditempatkan di kalangan orang2 yg terpilih..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails