Tukang Ikut

Selasa, Februari 15, 2011

KONGSI PERASAAN ANDA

Perasaan seseorang boleh berubah-rubah. Adakalanya gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Masalah timbul apabila perasaan ini tidak dapat dikawal. Anda perlu mencari jalan penyelesaian yang efektif untuk menangani masalah tersebut. 

KENAPA SESEORANG MEMENDAM PERASAAN ?
  1. Malu
  2. Takut menjadi bebanan kepada orang lain
  3. Terlalu peribadi untuk dibincang
  4. Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
  5. Bimbang akan reaksi orang lain
  6. Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
  7. Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
  8. Berfikir ianya hanya perkara kecil
BAGAIMANA MENGENDALIKAN PERASAAN ANDA
  1. Ketahui perasaan anda
  2. Luahkan perasaan anda
  3. Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
  4. Kongsi perasaan anda dengan pasangan hidup, jiran, pemimpin agama, doktor, kaunselor dan anggota kesihatan
KEBAIKAN YANG DIPEROLEHI APABILA ANDA BERKONGSI PERASAAN
  1. Anda merasa lega
  2. Mengurangkan stres anda
  3. Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
  4. Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan
  5. Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda
Bercakap dengan seseorang dan kongsi persaan anda. 

p/s : kredit to Kementerian Kesihatan Malaysia....=)

9 ulasan:

  1. YEP. itulah yg sue blajar dl kaunseling..hehe

    BalasPadam
  2. kadang2 malu nak bg tau orang masalah kita ;)

    BalasPadam
  3. cik sue...yer..me susah nak luah kat orang...hehe

    puan capa..mekasih rajin singgah n komen..betui3..takut dijaja lak kisah kita..

    BalasPadam
  4. huhu...headshot.. tepat kene kepala aku. haha.. aku ni jenis memendam perasaan. most of reason dah kene tampal kat entri ni but some are not. nak kendali tu memang susah sikit since aku dah lama single. skandal pun dah ada balak. cuma betul la kebaikan yang bro share. totally akan kurangkan rasa beban. kerja pun lancar,hati pun banyak senang sampai rasa macam nak belanja semua orang makan McDonald MegaMac. haha..

    My Popular Post: Award si adik mia sara

    BalasPadam
  5. sy sendiri pon suka pendam perasaan sbb tak tau nak cerita dgn siapa..

    BalasPadam
  6. mikeon..hehe...ok set mcdonald hujung minggu ni k..he..=)

    fifi..sungguh..kadang2 kita taktau nak mengadu ngan sapa kan..tapi kalu simpan rasa sakit sangat lak...

    BalasPadam
  7. Berkongsi masalah adalah cara paling bekesan apabila ada masalah..terbukti :)

    BalasPadam
  8. lady..sama..kita sama2 bersabar..=)

    lurim..betui..tapi ada orang yg susah nak meluahkannya...=)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails