Tak sangka lak kesan akibat letak komputer di atas paha ni bleh menyebabkan sindrom kulit terbakar yang mana kerosakan kulit itu pula boleh mengakibatkan bahagian itu gelap secara kekal dan yang lebih teruk kerosakannya pula akan menyebabkan kanser kulit. Betul ker ni atau me yang salah paham. Baca lebih detail di bawah. Kredit to Kosmo.
CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.
Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama. Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan. Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama. Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.
Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius. Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007. Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal. Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit. Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. - AP
p/s : nasib baik me guna komputer rumah jer..dulu masa ada lappy memang selalu letak atas riba...
ni mesti kes kaki kebal ni. dah tau panas masih nak letak kat situ..
BalasPadamsasa..takder deria rasa kot..hehe
BalasPadamtq for the info ....za selalu wat cam tu..tobat dah tak mau wat lg dah pas ni.huhuhu
BalasPadamnakal letak lappy kot blkg abg nakal..bit pn blkg dia melecur..ingtkan abg nakal naik kurap..rupanya akibat lappy..xmo wat dh
BalasPadamcamne blh letak lappy atas tu...tk panas ke?
BalasPadamaidyl azim..sama2. kredit kat surat khabar kosmo..kongsi utk semua..hehe
BalasPadamnakal..ada lak camtu..sian dia..hehe..ni kes dera ni cara baru ni..
syamila..dia tak rasa la tu..orang kata dah biasa sampai tak rasa..susah nak cakap..
fuh.. nasib baek aku jenis tak suka letak laptop atas riba.. lbey suka ltak atas meja.. huhu..
BalasPadamhuhuh tq la share..naseb baik x selalu letak atas ribe huhuhu...
BalasPadamsolihin..nasib baikkan..hehe
BalasPadamshah...sama. pernah buat la ni..sama la cam me dulu pun.
aku dah kena dah...... tapi tak sampai itam, jadi macam radang kulit kat peha.......... tompok merah kat tempat yang kuar panas tu.......... insaf dah!!! =)
BalasPadamsape nak kulit tanned, bleh la try tips ni..XD
BalasPadamnasib aku pakai pc...mane leh ltk kat riba hee
BalasPadamsofia...yer ker..teruk gak kan..
BalasPadamdark...tips yang mengundang bahaya...hehe
gdoupt..hehe..
uish bahaya ni..selalu cik tom buat camni..huhu...
BalasPadamowhhh...sib bek encik MT slalu letak buku bawah laptop nie...kekeke!
BalasPadamcik tom..selalu buat?..ha cuba tgk paha tu sekarang..hehe
BalasPadamcik mat..oo..ada lapik lak..macam2..
xkan klau letak atas pehe jadi mandul kan?
BalasPadamanon..takde plak dengar citer leh mandul..takkan sampai camtu kot..takutnyer
BalasPadamYou can get the older digital Canon Rebel, with a lens, for a good price
BalasPadamnew. However, if you face a data loss situation, in
absence of a valid backup, no need to worry. The portal has been
packaged with all these lenses and is an effort
towards making it a single stop shop for photographers
looking for Nikon camera lenses.
My blog ... nikon d7100