Tukang Ikut

Selasa, Oktober 05, 2010

AKIBAT LETAK KOMPUTER RIBA ATAS PAHA

Tak sangka lak kesan akibat letak komputer di atas paha ni bleh menyebabkan sindrom kulit terbakar yang mana kerosakan kulit itu pula boleh mengakibatkan bahagian itu gelap secara kekal dan yang lebih teruk kerosakannya pula akan menyebabkan kanser kulit. Betul ker ni atau me yang salah paham. Baca lebih detail di bawah. Kredit to Kosmo.


CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam. 
Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama. Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan. Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama. Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius. Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007. Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal. Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit. Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. - AP

p/s : nasib baik me guna komputer rumah jer..dulu masa ada lappy memang selalu letak atas riba...

19 ulasan:

  1. ni mesti kes kaki kebal ni. dah tau panas masih nak letak kat situ..

    BalasPadam
  2. sasa..takder deria rasa kot..hehe

    BalasPadam
  3. tq for the info ....za selalu wat cam tu..tobat dah tak mau wat lg dah pas ni.huhuhu

    BalasPadam
  4. nakal letak lappy kot blkg abg nakal..bit pn blkg dia melecur..ingtkan abg nakal naik kurap..rupanya akibat lappy..xmo wat dh

    BalasPadam
  5. camne blh letak lappy atas tu...tk panas ke?

    BalasPadam
  6. aidyl azim..sama2. kredit kat surat khabar kosmo..kongsi utk semua..hehe

    nakal..ada lak camtu..sian dia..hehe..ni kes dera ni cara baru ni..

    syamila..dia tak rasa la tu..orang kata dah biasa sampai tak rasa..susah nak cakap..

    BalasPadam
  7. fuh.. nasib baek aku jenis tak suka letak laptop atas riba.. lbey suka ltak atas meja.. huhu..

    BalasPadam
  8. huhuh tq la share..naseb baik x selalu letak atas ribe huhuhu...

    BalasPadam
  9. solihin..nasib baikkan..hehe

    shah...sama. pernah buat la ni..sama la cam me dulu pun.

    BalasPadam
  10. aku dah kena dah...... tapi tak sampai itam, jadi macam radang kulit kat peha.......... tompok merah kat tempat yang kuar panas tu.......... insaf dah!!! =)

    BalasPadam
  11. sape nak kulit tanned, bleh la try tips ni..XD

    BalasPadam
  12. nasib aku pakai pc...mane leh ltk kat riba hee

    BalasPadam
  13. sofia...yer ker..teruk gak kan..

    dark...tips yang mengundang bahaya...hehe

    gdoupt..hehe..

    BalasPadam
  14. uish bahaya ni..selalu cik tom buat camni..huhu...

    BalasPadam
  15. owhhh...sib bek encik MT slalu letak buku bawah laptop nie...kekeke!

    BalasPadam
  16. cik tom..selalu buat?..ha cuba tgk paha tu sekarang..hehe

    cik mat..oo..ada lapik lak..macam2..

    BalasPadam
  17. xkan klau letak atas pehe jadi mandul kan?

    BalasPadam
  18. anon..takde plak dengar citer leh mandul..takkan sampai camtu kot..takutnyer

    BalasPadam
  19. You can get the older digital Canon Rebel, with a lens, for a good price
    new. However, if you face a data loss situation, in
    absence of a valid backup, no need to worry. The portal has been
    packaged with all these lenses and is an effort
    towards making it a single stop shop for photographers
    looking for Nikon camera lenses.

    My blog ... nikon d7100

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails