Tukang Ikut

Jumaat, Oktober 22, 2010

WAHAI LELAKI TOLONGLAH BANTU/JAWAB

Masa bercinta semuanya indah. Selepas mendirikan rumahtangga mengapa lain pula yang berlaku. Di mana janji manis mu, di mana sumpah setia mu??? Walaupun tidak semua lelaki begitu, tetapi yang segelintir inilah telah membusukkan semua. Walaupun bukan semua berpunca daripada lelaki, tetapi sebagai ketua rumahtangga, di mana tanggungjawab anda. Bukan intan berlian yang di harapkan, bukan harta jadi taruhan. Cukuplah sekadar kasih dan sayang dipamerkan. Cukupla kebahagiaan untuk meneruskan kehidupan. Wah..bermadah lak. Emm..Hati me cukup tersentuh bila sesorang " tanpa nama " telah memberi komen di satu post me " CARA SELESAI MASALAH TAHUN PERTAMA PERKAHWINAN " Anda baca dan nilaikan sendiri. Bukan me nak salahkan lelaki. Tapi cuba terangkan kot-kot ada yang faham apa masalah yang berlaku dalam diri si suami si tanpa nama ni. Kot-kot juga anda mempunyai kawan-kawan yang mempunyai masalah yang sama tetapi di belah pihak lelaki supaya kita tau apa yang menyebabkan si suami ni sampai angkat tangan kat si isteri dan supaya beliau juga boleh mencari jalan penyelesaiannya dan berubah demi sebuah perkahwinan yang di bina atas nama cinta ini.





Tanpa Nama berkata...
kadang-kadang laki ni suka salah n cari kekurangan pompuan.tp kite sebagai isteri x terganmak nak mengata die walaupun kite lg banyak bverkorban untuk die.xsanggup nak kutuk die,.tp die selamber je kutuk kite.xpenah bersyukur.kalau sy boleh maki laki, da lama saya maki.

Tanpa Nama berkata...
sedih bila kena mmacam2.ada x isteri yg bleh dgr suami maki? bile kita wat kurang ajar tau plak die marah.siap naik2 tangan lagi.kalau la saya ni berani mesti laki xpijak kepala kite kn. tgk la kali ni da nekad xnk jd lemah.wat ape.kite berpelajaran ada masa dpn sendiri klari jauh2 supaya doe xdpt kejar kite.lantak la.mesti jd org yg berani sbb da xtahan.

Tanpa Nama berkata...
untuk apa ada laki kalau asyik wat kite nangis??napa nak seksa diri sendiri.ni bukan kali pertama kena maki mcm2.da berpuluh2 kali die mintak maaf.xlarat lg dgr maaf.x tahan la.tp xtau nak ngadu kat sapa.kawin sebab suka.family xleh nak kate ape2.laki panas baran baik elak kn .semua tipu.jgn tertipu mcm saya,pmpuan2 di luar sana, bialah kite kenal bakal suami kite dulu jgn jd bodoh n buta kerana cinta yang akan menyakitkan kite bila kita da xde pilihan.selagi boleh selamat kite elakkann.buiar kawen lambat tp jgn cuba cari masalah dgn kawen tanpa mengira perangai laki tu.sy da terkena dan xdpt patah balik. sekarang masih mencuba untuk meluoakan die dan berusaha lari dari takdir.

Mungkin ini luahan ketika beliau sedang marah dan sedih. Ataupun luahan hati beliau yang sudah tidak tahan menanggung duka. Me tak pandai cara nak selesaikan masalah seperti ini. Semoga si tanpa nama ini dapat petunjuk bagaimana menghadapi kehidupan seterusnya. Nasihat me cuma berjumpa dengan mereka yang pakar seperti kaunselor perkahwinan mahupun pihak jabatan agama islam. Jangan lakukan perkara yang boleh merosakkan diri sendiri dan fikirkan masa depan anak-anak ( jika ada anak ). Semoga terus tabah menempuh kehidupan mendatang dan me doakan juga beliau menemui kebahagiaan yang diingiNkan..;)

p/s : maaf atas terbitan ini..semoga saudari terus bersabar..mana tahu dugaan ini untuk sementara demi kebahagiaan milik saudari pada masa akan datang

33 ulasan:

  1. sedehnya baca yang komen2 tuh... x tau nak komen apa sebab belom kawen...

    BalasPadam
  2. x berani nk kuar pape statement.. xde pengalaman berumah tangga lagi.. maybe yg berpengalaman bole bantu selesaikan masalah ni..
    http://duitlama2u.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. sies.. fell tatau nk ckp pe.. msh bujang gak..huhu..tatau pasal hal rumah tangga :)

    BalasPadam
  4. siti mashitah..sedihkan..tentu dia menanggung bebanan perasaan yg sgt berat..antara kasih dan benci..emm

    lady..tak semua camtu..;)

    BalasPadam
  5. lan..fello..yg dah berumahtangga pun tak tau..yg terbaik minta nasihat orang yang berpengetahuan..kaunselor maybe..

    BalasPadam
  6. saya tak kawen lagi. jadi, saya tak tahu macam mana nak describe benda ni. tapi sebagai lelaki sejati, lelaki sebenarnya mempunyai satu nilai kasih sayang yang cukup bertimbun-timbun. yang membezakan kasih sayang itu adalah keikhlasan. renung2 kan.

    BalasPadam
  7. boleh faham komen a.k.a luahan tanpa nama...

    Kalau baca dari komen, maatu dah jadi mainan N gula2 je... Dah takde makna maaf tu...

    Nak bagi pendapat pun risau pula nanti dikatakan mempengaruhi... Kepada tanpa nama tu sebaiknya awak rujuk kepada yang arif untuk mendapatkan khidmat nasihat N kaunseling yea...

    to Ladybird--> mendirikan rumahtangga tu wajib dan tak semestinya kita lalui perkara yang sama macam tu... Percaya pada Qoda N Qada... Setiap satu tu Allah jadikan berpasangan.

    BalasPadam
  8. alamak... takut pulak nak komen... takut bahasa yg saya gunakan tak sesuai @ tersalah beri nasihat... Tapi saya akan cuba beri pendapat...

    Jika masih sygkan suami:

    1. jika suami sukar menerima teguran, carilah waktu moodnya baik, seperti selepas mengadakan hubungan. mintalah dia supaya lebih bertolak ansur. luahkan apa yang terbuku. InsyaAllah hatinya akan lembut.

    2. ikhtiar lah utk berubat kerana keruntuhan rumah tangga boleh jadi disebabkan sihir. Orang yang terkena sihir memang selalu baran tanpa sebab munasabah.


    Jika sudah tidak ada syg:

    1. Tinggalkan saja. Tidak ada guna berkahwin dengan lelaki yang memukul isteri. Suami perlu melindungi, bukan mengancam keselamatan. Permpuan perlu sedar hak mereka.

    BalasPadam
  9. Betul kata Muhammad cuba berikhtiar.Drp pengalaman sendiri begitulah keadaannya bila terkena sihir tapi takdelah sampai naik tangan cuma nampak sgt suami bencikan kita.apa yg di bt smua salah dimatanya.muka tk pnah manis.Setelah berubat semuanya berubah itu pun kerana dia tiba2 jatuh sakit.ubat moden tk berkesan cuba dg ustaz akhirnya terbongkar perbuatan khianat yg tk suka tgok orang bahagia.

    BalasPadam
  10. Muhammad ~ mmg bagus nasihat tu...

    ain~mereka yg tk blh tgk org bahagia ni sebab dengki diri tk bahagia...tu sebab tk nk org lain bahagia jugak...

    utk tanpa nama ~ cuba la cari jln penyelesaian terbaik..si laki tu sebenarnya syg kan isteri..tp itula layan sgt panas baran tk bertempat tu...

    New Entry "Naik Motor Tak Pakai Baju… ^_^"

    BalasPadam
  11. sedih. dan tibe2 mcm takut untuk berkahwin. tapi nak kawen. huhu..

    semoga beliau dpt menyelesaikan masalah ini.

    BalasPadam
  12. Biarpun saya masih bujang.. Saya nak komen juga.. ahakz.. Tapi mungkin yg kat atas sipi2 jak.. Nak kahwin ni.. kita kena faham konsepnya.. sebab kita akan hidup berpasangan sehingga ke akhir hayat.. prkahwinan brdasarkn cinta blum mnjamin apa2 kbahgiaan slagi kita anggap prkahwinan ini menghalalkan yg sblumnya.. dats y juga sya ni xnak kapel2.. nak trus kahwin dgn cuba memahaminya dulu.. apapapun.. inilah lumrah alam rumahtangga.. kita tak akan terlepas dri pelbagai permasalahan.. kerjaan kecil yg dibina itu sharusnya ditadbir dgn baik oleh seorg suami dan istri mnjadi tulang blakang mnyokongnya.. lum lg cite bila ada anak.. apapapun sya stuju utk mreka pergi kaunseling.. dan cuba bermuhasabah dri trhadap prkawinan yg dbina.. serta kembali kepadaNya.. kerna dariNya ujian itu dtg.. dan kepadaNya kita memohon keredhaan.. uish.. pnjg eh.. boleh wat entri mcm ni.. ahakz..

    BalasPadam
  13. rasanya lebih terseksa bila dengar kata2 yang pedih!

    BalasPadam
  14. Bersetuju sangat dgn Muhammad... sebagai isteri, perempuan harus thu akan hak yang ada padanya... mentaati suami yang disyorkan dalam Islam tidak bermaksud perempuan harus jadi punching bag pada suami sebegini... Walau bagaimanapun, berbincang terlebih dahulu... sebagai isteri, perempuan harus tahu bila masa mood si suami baik...kerana setiap manusia ini ada naluri halusnya yang mudah tersentuh.. satu lagi... amalkan ayat-ayat dalam al-Quran yang boleh membuatkan suami jatu kasih kepada kita seperti Ayat 14, Surah Ali-Imran yg dibaca 10 kali setiap hari. InsyAllah akan jatuh kasih si suami dan lembut hatinya... bertawakal dan serahkan kepada Allah. Setelah berusaha... masih juga gagal, solat istikharah... mintalah petunjukNYA kerana hanya pada DIA tersembunyi segala jawapan...

    BalasPadam
  15. Nak tahu pendapat saya? Kalau dah tak tahan sangat kena macam tu, retaliate! Pi naik pejabat agama, pi adu, ataupun pi mintak tolong mak bapak (kalau ada lagi). Jumpa penasihat perkahwinan, kalau kat US sana benda ni biasa, kadang2 ada masalah kecik pun diorang rujuk marriage counselor. Saya bukan nak kata apa, kesian memang kesian, baguslah kalau tabah hati, memang sifat terpuji, tapi apa maknanya kalau hati tabah lepas tu lepaskan kat tempat lain? Tabah macam tak ikhlas pulak. Take action! Jangan tadah saja! Kalau sanggup tahan, tahan saja, diam, dah. Tapi kalau tak sanggup, ambil tindakan sewajarnya!

    BalasPadam
  16. ye..semua mempunyai pendapat sendiri..terima kasih banyak2 kat rakan blogger di atas kerana sedikit sebanyak membantu. kepada tanpa nama jika terbaca amik yang mana baik, ikthiar, berdoa dan tawakkal.

    Allah tidak akan menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya.

    Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud “ Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.

    Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” ( al-Imran:139)
    Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya.

    Tuhan sentiasa bersama dengan orang2 yg bersabar. wallahuallam

    BalasPadam
  17. ni la wat cik su pk 2 kali nak kawen..seb bek tak kawen lagi

    BalasPadam
  18. cik su...eh..tak bleh pikir camtu..macam kata kawan2 kat atas..ni qadaq dan qadar..aperpun kita kena saling memahami, bertolak ansur, dan jaga hati masing2. jangan pentingkan diri sendiri...;)

    BalasPadam
  19. ken...cinta sejati dah berkurang zaman sekarang ni..

    suzi..baca2..sila2...hehe

    BalasPadam
  20. hmmm... suma benda n peristiwa ada pertama kali... byk benda n peristiwa yg blaku dlm hidup kita, kita xsedia utk hadapi... tp klu kita xtempuh suma tu, kita xkan blajar n kita xan matang... suma org xsempurna... bilaman melibatkan hati dn perasaan, mmg akan ada yg tluka... klu takut d lambung ombak, jgn berumah d tepi pantai... laki atau pompuan, masing2 buat silap... satu je, CINTA & IMAN KENA SEIMBANG...

    >>>i pun penah kecewa dn di kecewakan... wpun i serik tp i masih sanggup menempuh segalanya sekali lagi... krn i pcaya,THERE IS SUMWHERE OUT THERE MEANT 4EACH OF US... TAK DI DUNIA, DI SYURGA INSYA ALLAH PASTI AKAN KETEMU...

    BalasPadam
  21. oooppsss THERE IS SOMEONE SOMEWHERE OUT THERE MEANT 4EACH OF US... >>>typo lak...

    BalasPadam
  22. usia perkahwinan sy masih hijau & blom genap pun setahun namun berbagai masalah & dugaan yang datang dr sejak 1 pertama sy bergelar isteri. Namun seorang teman telah menasihati sy bila sy hampir2 berputus asa dgn perkahwinan yg kini baru mencecah 6 bulan. Biarpun pada mulanya sy rasa tertekan dgn sikap suami yg panas baran, suka menceritakan keburukkan sy pada family sy & mak dia juga, suka naik tangan, suka marah smpai sy sendiri kdg2 x tau apa salah sy. Seminggu selepas nikah, sy dh di pukul.. selepas itu tak tau la silap skit je dia akan naik tgn sehingga sy terpaksa melarikan diri kg. Sy tak tahan di hina, di pukul adakalanya tnpa sebab. Sy juga tidak suka bercerita tntang keburukkan suami, buat orr lain nampak kami bahagia. Namun sebab terlalu tertekan sy bercerita pd seorang kwn.. kwn sy menasihati sy bykkn bersolat & berdoa. dia bgtau sy 3 thn perkahwinan adalah tempoh berkenalan. Sabar & cuba dulu.. sebab sy ada memberitahu dia sy tak sanggup lg teruskn. Tp suami tak mahu melepaskn sy walau dia terlalu menyiksa hidup saya. Smpai sy terfikir benda bodoh untuk mencari bomoh & buat dia tggalkn sy. Namun berkat nasihat & sokongan seorang kwn sy cuba bersabar & memohon kepada Allah.. ALhamdulillah suami menampakkn perubahan. Sehingga kini dia tak lagi naik tangan pada sy.. makin bersabar & tidak lagi bercakap bukan2 tentang sy. walau tidak 100% perubahan itu namun sy bersyukur dia semakin berubah. Wahai para Isteri.. kadang2 org anggap kita bodoh bila tetap bersabar dgn suami yg begitu namun dengan kesabaran juga la menjadi senjata untuk melenturkan hati suami yg keras. Dia akan mula melihat kebaikkan kita perlahan lahan.

    BalasPadam
  23. asma..betul tu..jangan mengalah dengan setiap dugaan sebab kita kena percaya setiap kejadian ada hikmahnya.

    BalasPadam
  24. tanpa nama..mungkin suami saudari berasa kesal akan segala tindakan dia apabila melihat saudari terus bersabar dan bertahan dengan sikapnya. syabas..semoga saudari terus tabah menghadapinya demi ikatan perkahwinan kalian yang suci itu.

    BalasPadam
  25. erk..membuatkans aya semakin takut unt berkahwin

    BalasPadam
  26. tapi..kata org perkahwinan ni 3 tahun pertam ni banyak cabaran....
    maklum la baru nak tahu hati budi yang sebnar benarnya yg belum nampak....apa pun berdoa la selallu insyallah ada jln nye

    BalasPadam
  27. bila 2-2 menjalankan tanggungjawab...Insyallah ak de msalah...gaduh sikit2 tu biasalah...bukan setakat 3 tahun pertama...10 tahun pun ada mungkinnya kita masih tercari-cari kesesuaian...time bercinta memang semua indah...dah kawin baru tau...yg penting banyakkan berdoa semoga rumahtangga sentiasa mndapat keberkatan.

    BalasPadam
  28. dinsblog..yer..banyak2 berdoa semoga rumahtangga kita mendapat keberkatan dan bahagia hendaknya..

    BalasPadam
  29. Alhamdulillah Usia Pernikahanku udah 10 Tahun bro...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails